Jumaat, 9 April 2010

Puteri UMNO Sinonim Dengan IT

Puteri kagum dengan blog umno yang ditulis oleh Spu. Spu adalah suara prihantin umno jerantut. Taniah, ada orang yang membangunkan blog untuk umno jerantut. Bukan mudah untuk merencana sebuah blog macam Spu. Silap-silap jadi "goblog"..?

Masyarakat kita sudah prihatin pada IT. Banyak kampung dan desa sudah ada pusat IT yang lengkap. Dasar kerajaan dalam membangunkan rakyat luar bandar yang seimbang dengan bandar dalam bidang informasi membuahkan hasil.

Peranan puteri dalam pilihanraya adalah mengendalikan IT dipusat mengudi.Dalam usia yang remaja itu, sesuailah peranan itu diberi oleh kepimpinan parti. Sejak puteri umno malaysia ditubuhkan tugas besar peranan puteri mengendalikan IT disetiap pusat mengundi. Puteri bekerja tidak memikirkan imbuhan bermati-matian. Itulah sumbangan yang puteri mampu laksanakan.

Di Jerantut, Puteri bersuara dengan lantang agar pusat-pusat IT terus menjadi isu pembangunan penting, suara ini tidak pernah mati. Itulah sebabnya segala pusat IT dipantau oleh puteri. Dipejabat puteri sendiri menjadi kilang IT untuk generasi baru.

Puteri mahu melihat IT menjadi darah daging masyarakat jerantut. Kalau tiada puteri sudah pasti tidak ada orang membaca tulisan Spu dalam blog.

Oleh itu Puteri akan terus berjuang dalam mengembangkan IT walau apa pun halangan. Terima kasih spu melambung puteri sampai ke langit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan