Jumaat, 9 April 2010

Puteri Jerantut Dilambungkan Kelangit.

Suara prihatin UMNO Jerantut lambung puteri umno Jerantut sampai kelangit. Puteri ketawa besar atas sokongan spu itu. Meletak puteri sebagai calon parlimen jerantut akan datang, suatu yang diluar jangkaan puteri. Ini bermakna puteri sudah ada bisanya tersendiri menjadi perhatian umum.

Jangan lambung terlalu tinggi nanti jatuh terhempap ke spu, kemek hidung pula. Puteri Jerantut sendiri tersentak bila spu lambung begitu tinggi.

Puteri sendiri sangat rasional dalam penentuan calon. Bagi puteri kita bekerja untuk siapa sahaja yang dicalonkan oleh puncuk pimpinan.Calon bukanlah objektif puteri.

Di Jerantut kalau Tengku Azlan tak bertanding sudah tentulah Timbalanya naik pangkat. Lagi pun dia pegang dua jawatan penting timbalan ketua dan ketua permuda. Setakat ini puteri lihat beliaulah patut jadi pengganti.
Dari segi rekod sebagai adun tip-top. Pemuda pun nampak bersemangat kalau di calonkan diperlimen. Lagi pun dia seorang pemimpin yang bersih berjiwa rakyat.

Pegawai-pegawai kerajaan "takut" dengan nya. Tidak pernah melakukan apa-apa yang melibatkan moral, lagi pun umno Jerantut perlu orang kaya untuk memimpin kerana orang umno belanja besar. Dari segi kelulusan dia paling layak, beliau mendapat pelajaran di luar negara. Berbelit-belit lidah puteri menyebut kelulusan nya. Semasa pilihanraya umum 2008, puteri dapat pamplet calon Tahan. Kelulusannya tak silap post graduate Diploma dari universiti Chelsire, England. Post graduate diploma kalau di malaysia masterlah. Setakah lagi Phd.

Jika timbalan tidak terpilih jadi calon MP dari segi heirakinya naib ketualah. Pengalaman naib ketua bukan sembarangan. Pernah menjadi setia sulit kanan menteri.

Kawasan Jerantut luas mengandungi kampung, desa, felda, hutan-rimba, gunung dan sungai. Taman Negara juga dalam kawasan parlimen Jerantut.Menyebut fasal sungai, hutan dan rimba bermakna perlu ada seorang ahli parlimen yang pengalaman mahir mengawasi petani, peladang dari binatang buas yang memusnahkan pertanian khususnya gajah. Tembakan naib ketua selalunya tepat. Satu peluru satu gajah. Gading gajah mahal, ia berbaloi dijadikan tabung untuk PPRT. NK juga biasa mengendalikan sungai. Dia juga tahu dimana ikan kelah paling mudah di cucuh letrik! Berbaloi untuk dijadikan tabung kebajikan ibu tunggal.

Satu lagi spu terlupa menyebut nama Bendahari.sangat tidak adil bagi puteri jika nama bebdahari tidak disenaraikan ahli parlimen.Beliau adalah grass-root penjual royi.Sejarah beliau sangat dikangumi dari roti.Bendari_Dato' sri.Kalau terbalik Dato' sri bendari roti.

Sebagai calon parlimen 1 malaysia Bendahari pula sangat sesuai. Beliau dilantik bendahari umno kerana mewakili. Dato'sri LAC. Jerantut adalah kawasan parlimen yang terluas di pahang. Tanah-tanah kerajaan sangat luas termaksuklah hutan simpan dan tanah negeri. Tidak ada tokoh dijerantut yang mampu memelihara tanah luas tersebut kecuali Dato'sri penjual roti-bendahari-Dato'sri. maksudnya dari penjual roti dilantik bendahari lalu jadi Dato'sri.

Memandangkan tokoh-tokoh tadi lebih kelibor, puteri mengundurkan diri, tak payahlah spu sebut lagi. Ia boleh merosakan puteri namun demikain puteri tidak pernah rasa rendah diri. Sebaiknya serah saja pada pucuk pimpinan kerana mereka lebih arif dari spu.

Puteri UMNO Sinonim Dengan IT

Puteri kagum dengan blog umno yang ditulis oleh Spu. Spu adalah suara prihantin umno jerantut. Taniah, ada orang yang membangunkan blog untuk umno jerantut. Bukan mudah untuk merencana sebuah blog macam Spu. Silap-silap jadi "goblog"..?

Masyarakat kita sudah prihatin pada IT. Banyak kampung dan desa sudah ada pusat IT yang lengkap. Dasar kerajaan dalam membangunkan rakyat luar bandar yang seimbang dengan bandar dalam bidang informasi membuahkan hasil.

Peranan puteri dalam pilihanraya adalah mengendalikan IT dipusat mengudi.Dalam usia yang remaja itu, sesuailah peranan itu diberi oleh kepimpinan parti. Sejak puteri umno malaysia ditubuhkan tugas besar peranan puteri mengendalikan IT disetiap pusat mengundi. Puteri bekerja tidak memikirkan imbuhan bermati-matian. Itulah sumbangan yang puteri mampu laksanakan.

Di Jerantut, Puteri bersuara dengan lantang agar pusat-pusat IT terus menjadi isu pembangunan penting, suara ini tidak pernah mati. Itulah sebabnya segala pusat IT dipantau oleh puteri. Dipejabat puteri sendiri menjadi kilang IT untuk generasi baru.

Puteri mahu melihat IT menjadi darah daging masyarakat jerantut. Kalau tiada puteri sudah pasti tidak ada orang membaca tulisan Spu dalam blog.

Oleh itu Puteri akan terus berjuang dalam mengembangkan IT walau apa pun halangan. Terima kasih spu melambung puteri sampai ke langit.